Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Tidak Ada Perkataan Untuk 'Terlambat'..

aku melangkah..mengharungi segala rintangan suka duka,pahit manis kehidupan ini.. Bertahun-tahun yang lalu..seiring dengan masa yang berlalu..helaian demi helaian kertas putih,telah ku ceritakan di dadanya segala cerita suka duka kehidupanku..Mengambil makna,perjalanan kehidupan seharusnya direkodkan..bukan untuk dipertontonkan,mahupun dinilai oleh sesiapa jua..melainkan hanya kerana satu keinginan..aku ingin seluruh cerita kehidupanku tercatat untuk dapat direnungkan..diperbaiki mana yang silap dan salah..dipelajari akan kesusahan dan kesulitan yang di alami,dimanafaatkan pengalaman yang berharga..malahan berusaha untuk memperkemaskan kehidupan sementara di dunia ini..Sedari dari keinginan itu,aku memulakan coretan sederhana ini lewat blog/tulisan alam maya ini.. Sesungguhnya..keyakinan yang pasti bahawa harapan itu selalu ada seyakinnya kita bahawa mentari ‘kan selalu bersinar meskipun terkadang kabus menghalangi..Demikian simboliknya sebuah kehidupan..seringkali kesulitan menghalan...